Wednesday, October 21, 2015

KHASIAT MINYAK KELAPA

Salam semua....

Tahukah anda yg minyak kelapa ini sebenarnya sangat baik untuk kesihatan badan kita seluruhnya?
Hah.... ni yg jadi tanda tanya banyak orang bila topik ini diceritakan antara i dan kawan2 i semua tak percaya. Sebabnya senang je i pun ingat masa sekolah dulu selalunya bila orang cakap pasal santan kelapa mesti ada dikaitkan dengan mengemukkan badan  kan?

Tapi rupa2nya santan dan kelapa memang baik untuk badan kita. Sekarang ni pun dah ada kajian menujukkan yg minyak kelapa memang baik untuk badan kita. Cuma ada sikit kena ambik tahu dulu, you all tahu ke sebenarnya ada 2 jenis minyak kelapa? Ok sebelum i ceritakan khasiat dan kebaikan minyak ni i nak you all tahu yg mana satu yg di gunakan dan untuk apa.

2 jenis minyak kelapa:

1;minyak kelapa (warnanya kuning jernih)
2;minyak kelapa dara (jenirh/clear macam air)




hah! camna tu...? Di sini i terangkan sikit 

1; minyak kelapa saja, di proses dengan mengunakan haba yaitu di masak. Yg bagus tapi untuk luaran sahaja.

2; mana minyak kelapa dara di proses dengan secara cold press atau sejuk so dia lebih berkhasiat untuk dalam dan luaran badan 

Sekarang i ceritakan khasiat2nya minyak kelapa dara:
*untuk pengetahuan semua apa2 kebaikan minyak kelapa dara untuk luaran boleh mengunakan minyak kelapa biasa sama saja hasil.


KHASIAT MINYAK KELAPA DARA:


1-Mengurangkan risiko penyakit jantung
2-Merangsang metabolisme
3-Menyokong fungsi tiroid
4-Membantu anda menurunkan dan mengekalkan berat badan yang ideal
5-Membunuh Virus, bakteria, kulat dan protozoa
6-Memiliki sifat antioksidan semulajadi
7-Tidak membebankan organ pankrease
8-Lemak tepu rantai sederhana. (MCFA – mudah dihadham)
9-Sudah mula dihadhamkan dengan hanya enzim saliva dan diperut (sangat baik untuk mereka yang ada gangguan pencernaan, masalah metabolik, bayi pramatang yang sistem tubuhnya kurang berkembang.
10-Dihantar terus ke hati untuk menghasilkan tenaga maksima
11-Menghasilkan tenaga segera dengan cepat. Ia boleh melalui sel membran mitochondria tanpa perlu bantuan enzim.
12-Sel jadi cekap dan efisien
13-Bertindak menghalang pembentukan radikal bebas
14-Diproses secara organik. Tidak terhasil trans fatty asid beracun yang merosakkan sistem tubuh
15-Tiada LDL kolesterol
16-Mengandungi antara 45 – 55 % lauric asid
17-Bersifat antivirus, antibakteria, antifungus, anti protozoa.
18-Pada kulit, bertindak sebagai perisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV)(keremajaan kulit lebih lama) dan penghalang infeksi kuman (mengelakkan jangkitan penyakit kulit) disamping mempercepat pembentukan sel baru(keanjalan dan kelembutan kulit lebih ketara.
19-Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan)
20-Meningkatkan metabolisma. (Sel punya lebih tenaga, menjadikan ia lebih cekap dan efisien)
21-Meningkatkan daya tahan (endurance)
22-Memperbaiki pencernaan. (tidak akan cepat lapar, tidak perlu makan banyak dan berat badan terkawal secara semula jadi.
23-Mempermudah pencernaan mineral dan vitamin (baik untuk warga tua.)
24-Penjagaan Rambut Minyak kelapa dara merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat memberikan mereka kulit berkilau.
25-Penjagaan Kulit Minyak kelapa dara amat baik untuk digunakan sebagai minyak urut dan pelembab kulit. Ia bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering.
26-Kencing Manis atau Diabetes Minyak kelapa dara membantu dalam mengawal kadungan gula dalam darah, dan meningkatkan penghasilan insulin.
27-Penjagaan Gigi Kalsium adalah unsur terpenting dalam gigi. Minyak kelapa dara dapat membantu memudahkan penyerapan kalsium oleh tubuh
28-Untuk Kesihatan Minyak kelapa dara sering digunakan oleh para atlit untuk menguatkan tubuh dan mereka yang sedang mengamalkan diet. Ini kerana Minyak kelapa dara mengandungi kalori yang lebih rendah daripada minyak lain, kadar lemak yang mudah diubah menjadi tenaga dan tidak menyebabkan pengumpulan lemak pada jantung dan arteri. Minyak kelapa dara dapat membantu meningkatkan tenaga dan stamina, dan dapat meningkatkan prestasi atlit. 
29-Penjagaan Bayi Mencegah dan merawat ruam lampin bayi.Bagus untuk bayi (terutama pramatang) dan individu yang mempunyai masalah pencernaan kerana ia mula dihadam di mulut oleh enzim air liur.
30-Kebaikkan minyak kelapa dara dalam hubungan suami isteri Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastic). Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural). Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan). Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.


Itulah dia jgn lupa minum hari2.
Caranya: 2 sudu bsr pagi sebelum makan dan 2 sudu bsr sebelum tidur malam.

selamat mencuba.
nota/ jangan lupa berdoa sebab apa pun ubat atau makanan kesihatan yg sembuhkannya hanya allah saja




-

2 comments:

  1. Klu wanita hamil blh minum masa kandungan brapa bln?

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh... insya allah lg sihat dan senang semasa bersalin. ini saya bgtau dr pngalaman sendiri.

      Delete