Assalamualiakum w.b.t
jadi jom belajar cara2 menggunakan halba ni untuk perubatan dan cara2nya seperti berikut (tapi i nak ingatkan semua ada banyak lagi cara ini cuma yg i dah kaji)
Buat post yg fisrt ni i nak cerita kan sikit tentang kebaikan dan kesihatan halba untuk badan manusia.i dah banyak betul baca tentang kebaikannya dari org india ada, org putih ada, org arab ada, dan lain tak bukan org melayu sendiri....:-D walau pun i bkn org melayu i suka ambil sedikit sebanyak ilmu dari mereka, salah satu sebab adalah sebab dah lama menetap di malaysia hehehe..
Ok pada mualnya i nak bgtau semua ada 1 hadis i pernah baca tentang halba ni. Tu yg buat i lg nak baca tentang halba ni, sebab kalau nabi dah bgtau apa nak lengah lagi kan cepat2 nak tau cara untuk amalkannya kan.... ni hadis nya:
Rasulullah
saw bersabda : ” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka
sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas “ (Books of Sufi Healing
m.s.58)
Ada juga satu cerita sahabat nabi yg berubat dengan halba ni kesahnya begini:
Pada
suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang
sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang
merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau menganjurkan agar Saad makan Halba dan
Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw
kemudiannya bersabda : ” Gunakanlah Halba sebagai ubat”
jadi jom belajar cara2 menggunakan halba ni untuk perubatan dan cara2nya seperti berikut (tapi i nak ingatkan semua ada banyak lagi cara ini cuma yg i dah kaji)
1; TEH.
Bahan2nya,
2 cwn air biasa (lagi elok air R.O)
1 sudu besar halba biji.
Caranya, Masukan semua bahan ke dalam periuk, Rebus sampai tinggal 1 cwn lbh kurang 10 minit,
Biarkan sehingga suam2 gitu. minum dengan sedikit madu atau gula merah. Minum 3 x 1hari.
Hah simple je kan... sekarang i nak bagi tau pula khasiatnya atau kesan baik pada badan kita...
1. Menguatkan
fungsi jantung
2. Melancarkan perjalanan darah.
3. Menguatkan
fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim = ikhtiar utk mereka yg ingin hamil.
4. Membantu mengatasi masalah kekurangan darah.
5. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara
secara semulajadi!
6. Memperbanyakkan air susu ibu.
7. Memelihara
keseimbangan kadar hormon dlm badan
8. Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah =
merawat penyakit kencing manis.
9. Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm
badan.
10. Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga
secara semulajadi.
11. Membantu masalah kegemukan = mengurangkan berat badan.
dan banyak lagi yg belum dikaji lagi... kesannya takdelah 1 2 hari nampak. take sometime la kan... bg 3 hingga 6 bulan. Ini usaha kita untuk sihat yg menyembuhkan hanya allah... so doa la banyak2.
tu je la buat masa ni untuk hari ni.. Insya Allah minggu depan kita jumpa lagi ek...

No comments:
Post a Comment