Monday, January 11, 2016

KHASIAT KETUMPANG AIR

Pokok Ketumpang Air atau Sireh Cina
Pasti anda tahu dan sering terlihat pokok ini selalu tumbuh di sekitar rumah anda dan anda akan selalu mencabutnya dan membuangnya untuk membersihkan kawasan rumah.
Tetapi tahukah anda pokok ini sebenarnya amat berkhasiat tinggi dalam perubatan. Pokok ini di kenali sebagai banyak nama seperti sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang.

Pokok ini sebenarnya ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10 untuk 100gram.
 
Pokok Ketumpang Air atau Sireh Cina
Pasti anda tahu dan sering terlihat pokok ini selalu tumbuh di sekitar rumah anda dan anda akan selalu mencabutnya dan membuangnya untuk membersihkan kawasan rumah.
Tetapi tahukah anda pokok ini sebenarnya amat berkhasiat tinggi dalam perubatan. Pokok ini di kenali sebagai banyak nama seperti sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang.
Pokok ini sebenarnya ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10 untuk 100gram.

Disini kami akan kongsikan khasiat lainnya.
1- Merawat Gout
2- Penawar
 sakit sendi dan perut
3- Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
4- Mengubati dan meredakan 
cirit-birit
5- Meredakan 
batuk
6- Meredakan 
Demam  (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
7- Merawat Buasir
8- Melegakan 
selsema
9- Merawat jangkitan pada pundi kencing
10- Merawat Kayap
11- Alternatif kepada ubatan 
darah tinggi
12- Merawat
 kencing manis
Ternyata memang pokok yang selama ini kita anggap tiada guna rupanya mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan.

mari kita gunakan ketumpang air ini untuk kebaikan masing. tiada la yg allah cipta kan itu dengan sia-sia semua ada manfaatnya sendiri untuk kegunaan manusia.
insya allah  allah yg menyembuh kan, sampai disini buat masa ni.

Wednesday, October 21, 2015

KHASIAT MINYAK KELAPA

Salam semua....

Tahukah anda yg minyak kelapa ini sebenarnya sangat baik untuk kesihatan badan kita seluruhnya?
Hah.... ni yg jadi tanda tanya banyak orang bila topik ini diceritakan antara i dan kawan2 i semua tak percaya. Sebabnya senang je i pun ingat masa sekolah dulu selalunya bila orang cakap pasal santan kelapa mesti ada dikaitkan dengan mengemukkan badan  kan?

Tapi rupa2nya santan dan kelapa memang baik untuk badan kita. Sekarang ni pun dah ada kajian menujukkan yg minyak kelapa memang baik untuk badan kita. Cuma ada sikit kena ambik tahu dulu, you all tahu ke sebenarnya ada 2 jenis minyak kelapa? Ok sebelum i ceritakan khasiat dan kebaikan minyak ni i nak you all tahu yg mana satu yg di gunakan dan untuk apa.

2 jenis minyak kelapa:

1;minyak kelapa (warnanya kuning jernih)
2;minyak kelapa dara (jenirh/clear macam air)




hah! camna tu...? Di sini i terangkan sikit 

1; minyak kelapa saja, di proses dengan mengunakan haba yaitu di masak. Yg bagus tapi untuk luaran sahaja.

2; mana minyak kelapa dara di proses dengan secara cold press atau sejuk so dia lebih berkhasiat untuk dalam dan luaran badan 

Sekarang i ceritakan khasiat2nya minyak kelapa dara:
*untuk pengetahuan semua apa2 kebaikan minyak kelapa dara untuk luaran boleh mengunakan minyak kelapa biasa sama saja hasil.


KHASIAT MINYAK KELAPA DARA:


1-Mengurangkan risiko penyakit jantung
2-Merangsang metabolisme
3-Menyokong fungsi tiroid
4-Membantu anda menurunkan dan mengekalkan berat badan yang ideal
5-Membunuh Virus, bakteria, kulat dan protozoa
6-Memiliki sifat antioksidan semulajadi
7-Tidak membebankan organ pankrease
8-Lemak tepu rantai sederhana. (MCFA – mudah dihadham)
9-Sudah mula dihadhamkan dengan hanya enzim saliva dan diperut (sangat baik untuk mereka yang ada gangguan pencernaan, masalah metabolik, bayi pramatang yang sistem tubuhnya kurang berkembang.
10-Dihantar terus ke hati untuk menghasilkan tenaga maksima
11-Menghasilkan tenaga segera dengan cepat. Ia boleh melalui sel membran mitochondria tanpa perlu bantuan enzim.
12-Sel jadi cekap dan efisien
13-Bertindak menghalang pembentukan radikal bebas
14-Diproses secara organik. Tidak terhasil trans fatty asid beracun yang merosakkan sistem tubuh
15-Tiada LDL kolesterol
16-Mengandungi antara 45 – 55 % lauric asid
17-Bersifat antivirus, antibakteria, antifungus, anti protozoa.
18-Pada kulit, bertindak sebagai perisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV)(keremajaan kulit lebih lama) dan penghalang infeksi kuman (mengelakkan jangkitan penyakit kulit) disamping mempercepat pembentukan sel baru(keanjalan dan kelembutan kulit lebih ketara.
19-Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan)
20-Meningkatkan metabolisma. (Sel punya lebih tenaga, menjadikan ia lebih cekap dan efisien)
21-Meningkatkan daya tahan (endurance)
22-Memperbaiki pencernaan. (tidak akan cepat lapar, tidak perlu makan banyak dan berat badan terkawal secara semula jadi.
23-Mempermudah pencernaan mineral dan vitamin (baik untuk warga tua.)
24-Penjagaan Rambut Minyak kelapa dara merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat memberikan mereka kulit berkilau.
25-Penjagaan Kulit Minyak kelapa dara amat baik untuk digunakan sebagai minyak urut dan pelembab kulit. Ia bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering.
26-Kencing Manis atau Diabetes Minyak kelapa dara membantu dalam mengawal kadungan gula dalam darah, dan meningkatkan penghasilan insulin.
27-Penjagaan Gigi Kalsium adalah unsur terpenting dalam gigi. Minyak kelapa dara dapat membantu memudahkan penyerapan kalsium oleh tubuh
28-Untuk Kesihatan Minyak kelapa dara sering digunakan oleh para atlit untuk menguatkan tubuh dan mereka yang sedang mengamalkan diet. Ini kerana Minyak kelapa dara mengandungi kalori yang lebih rendah daripada minyak lain, kadar lemak yang mudah diubah menjadi tenaga dan tidak menyebabkan pengumpulan lemak pada jantung dan arteri. Minyak kelapa dara dapat membantu meningkatkan tenaga dan stamina, dan dapat meningkatkan prestasi atlit. 
29-Penjagaan Bayi Mencegah dan merawat ruam lampin bayi.Bagus untuk bayi (terutama pramatang) dan individu yang mempunyai masalah pencernaan kerana ia mula dihadam di mulut oleh enzim air liur.
30-Kebaikkan minyak kelapa dara dalam hubungan suami isteri Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastic). Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural). Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan). Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.


Itulah dia jgn lupa minum hari2.
Caranya: 2 sudu bsr pagi sebelum makan dan 2 sudu bsr sebelum tidur malam.

selamat mencuba.
nota/ jangan lupa berdoa sebab apa pun ubat atau makanan kesihatan yg sembuhkannya hanya allah saja




-

Tuesday, October 6, 2015

Resepi Taugeh halba goreng...

Salam smua...
Hari nak bg korang resepi Taugeh halba. Sedap... anak2 I pun suka sangat. Boleh makan gitu saja takde nasi pun no hal (tp kena buat banyak sikit la ek) hahaha....;-p

Bahan2nya:
Bawang besar 1biji*
Bawang putih 2 ulas*
Cili hijau or padi 2 tangkai (ikut nak pedas mana)*
Jintan halus stgh sudu kcl
Cili kering 2 tangkai*
Daun kari 3 tangkai
Kelapa parut 1/4 cwn
Taugeh halba dlm 30g
Garam gula secukup rasa.

Cara2nya:
Semua bertanda * di hiris,
Tumis semua bahan yg di hiris sampai wangi.
Masuk garam dan gula secukupnya.
Masukan kelapa balik2 sikit  baru masukan Taugeh balik bagi rata sikit tutup api terus balik2 sampai rata semua. Ok blh hidang hmm sedap... if susukan anak  ni memang bagus untuk tambah susu..

sorry la tak sempat nak ambik gambar  dah habis kena makan lain kali insya allah...:-)
Selamat mencuba...
Ps: lepas dah try bagi komen anda pula ye.. apa kurang ke, lebih ke.

Thursday, September 17, 2015

Cara buat taugeh halba

Assalamualaikum...
Hah ni dah lambat kan nak update ni...huhuhu..... Sebenarnya I ada buat eksperimen hehehe tu yg lambat update ni...
Eksperimen apa u nak tau??
Hah taugeh halba la... mesti ramai tak pernah tau kan...I pun masa dgr tu keruk kening jg....
So rupa khasiatnya banyak... yg paling popular ialah untuk ibu menyusu, makan sebagai sayur or ulam.. sedap.....
Ok sekarang nak cerita dulu cara buat taugehnya sebelum bg resepinya

Bahan2nya:
3 sd bsr biji halba
Air untuk rendam (seloknya air perigi ke,  air tapis pun blh)
Bakul 1
Kain kase or cotton nipis
Botol spray 1.

Cara2nya:
Rendam halba tu dlm air td semalaman.
Esok paginya tapis airnya dan letakkan dlm bakul yg di alas kain td dan tutup dgn lg satu kain. Ok skrg biar di tempat gelap selama 3 hari. Spray 3 kali 1hari.
Pastu blh la makan or simpan untuk esok... tp seeloknya  jgn lbh 3 hari.

Ni yg i dah buat hari tu 
day1
day2
day3

Saturday, August 22, 2015

Sihat dengan halba/ funegreek...

Assalamualiakum w.b.t
Buat post yg fisrt ni i nak cerita kan sikit tentang kebaikan dan kesihatan halba untuk badan manusia.i dah banyak betul baca tentang kebaikannya dari org india ada, org putih ada, org arab ada, dan lain tak bukan org melayu sendiri....:-D walau pun i bkn org melayu i suka ambil sedikit sebanyak ilmu dari mereka, salah satu sebab adalah sebab dah lama menetap di malaysia hehehe..

 Ok pada mualnya i nak bgtau semua ada 1 hadis i pernah baca tentang halba ni. Tu yg buat i lg nak baca tentang halba ni, sebab kalau nabi dah bgtau apa nak lengah lagi kan cepat2 nak tau cara untuk amalkannya kan.... ni hadis nya:

Rasulullah saw bersabda : ” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas “ (Books of Sufi Healing m.s.58)

Ada juga satu cerita sahabat nabi yg berubat dengan halba ni kesahnya begini:
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau menganjurkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda : ” Gunakanlah Halba sebagai ubat”

jadi jom belajar cara2 menggunakan halba ni untuk perubatan dan cara2nya seperti berikut (tapi i nak ingatkan semua ada banyak lagi cara ini cuma yg i dah kaji)




1; TEH.

Bahan2nya,  
2 cwn air biasa (lagi elok air R.O)
1 sudu besar halba biji.

Caranya, Masukan semua bahan ke dalam periuk, Rebus sampai tinggal 1 cwn lbh kurang 10 minit,
Biarkan sehingga suam2 gitu. minum dengan sedikit madu atau gula merah. Minum 3 x 1hari.
  
Hah  simple je kan...  sekarang i nak bagi tau pula khasiatnya atau kesan baik pada badan kita...

1. Menguatkan fungsi jantung
2. Melancarkan perjalanan darah.
3. Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim = ikhtiar utk mereka yg ingin hamil.
4. Membantu mengatasi masalah kekurangan darah.
5. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi!
6. Memperbanyakkan air susu ibu.
7. Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan
8. Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah = merawat penyakit kencing manis.
9. Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan.
10. Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi.
11. Membantu masalah kegemukan = mengurangkan berat badan. 


dan banyak lagi yg belum dikaji lagi... kesannya takdelah 1 2 hari nampak. take sometime la kan... bg 3 hingga 6 bulan. Ini usaha kita untuk sihat yg menyembuhkan hanya allah... so doa la banyak2. 

 tu je la buat masa ni untuk hari ni.. Insya Allah minggu depan kita jumpa lagi ek...